ICING


INTRO

Icing selalunya terhasil daripada bahan - bahan utama seperti digunakan telur, lemak, gula dan perasa yang dimasak dan diadun menggunakan pelbagai kaedah. Lazimnya icing  akan disapu pada lapisan-lapisan di bahagian kek sebagai inti(filling) dan di permukaan atas dan sekeliling kek untuk hiasan.

Icing di dalam proses menghias kek adalah bertujuan untuk:
  1. Untuk menjadikan kek lebih menarik dan cantik.
  2. Untuk menambah dan mempelbagaikan rasa dan warna.
  3. Untuk mempertingkatkan kualiti dengan dapat melindungi bahagian yang tidak menarik pada kek tersebut seperti lubang, tidak rata dsb.

JENIS-JENIS ICING
Terdapat 6 jenis asas seperti
1.                  Fondant,
2.                  Flat icing
3.                  Butter cream
4.                  Royal icing
5.                  boiled  (foam) icing dan
6.                  Fudge icing.
Selain itu terdapat dua (2) lagi pennyediaan yang perlu semasa menghias kek iaitu
  1. Glaze
  2. Filling
1.           FONDANT
  • Licin,berkilat, berwarna putih dan di perbuat daripada gula icing yang halus.
  • Agak sukar untuk dibuat dan biasanya dipasarkan di dalam bentuk doh yang lembap atau serbuk yang hanya perlu di campurkan air.Ia perlu di simpan  tempat yang bersuhu bilik dan kering.
    •   Bahan-bahan yang digunakan :
750 gm gula aising
3 tsp gelatin
½ tbs perisa nanas
½ tbs glycerin
 1 tbs liquid glucose

2.                 FLAT ICING
  • Ini merupakan fondant yang paling ringkas dan simple. Diperbuat daripada gula icing yang di campurkan bersama gula, air panas, corn syrup dan putih telur yang di campurkan sekali. Teksturnya adalah gebu dan kenyal, tetapi ia akan mudah dibentuk dan lembut apabila digunakan semasa ia panas. Selalunya di gunakan pada sweet roll, kek pound sebagai hiasan ringkas, angel cake,biskut, cup cake dan kek coffee.


3.                 BUTTERCREAM
  • Paling popular di kalangan jenis icing.
  •  Menggunakan mentega untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang lebih menarik, boleh digantikan dengan marjerin untuk lebih menjimatkan atau shortening untuk mendapatkan tekstur yan lebih stabil terutama sekali apabila di waktu cuaca panas.
  • Telur putih diperlukan untuk mendapatkan warna yang lebih cerah. French buttercream menggunakan kuning dan putih telur untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang lebih kaya dan menarik.
  • Ia boleh dibuat pelbagai perasa mengikut kesukaan. Ia perlu ditutup dan di simpan di dalam peti sejuk beku, di letakkan di tempat suhu bilik apabila ingin menggunakannya.
  • Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Butter Cream
500 gm Butter
   250 gm krim marvello
   250 gm gula aising
   80 gm putih telur
  ½ tsp esen vanilla
4.                 ROYAL ICING
q         Royal icing di perbuat daripada gula icing, telur putih dan krim tartar yang telah di pukul sehingga kembang dan gebu. Ia akan mudah menjadi keras apabila ia terdedah kepada cuaca kering. Ia biasanya d gunakan untuk kek perkahwinan, membuat bunga dan lain-lain jenis hiasan.
q         Bahan-bahan yang digunakan ialah
3 biji putih telur
450 gm gula asing
½ tsp cream of tartar


5.           FUDGE ICING
q          Ia dihasilkan terbaik daripada campuran serbuk koko, gula dan lemak yang di campurkan dengan sirap simple, pekat, manis dan bergetah seperti gula-gula. Ia perlu digunakan semasa masih suam untuk di sapukan di atas kek.
q          Perlu simpan di tempat yang sejuk dan di tutup untuk mengelakkan daripada berkeping.



6.           BOILED ICING
q          Campuran putih telur yang dipukul sehingga kembang, di masukkan sirap yang panas, pewarna dan perasa mengikut kesukaan. Di gunakan untuk angel cake dan kek chiffon. Teksturnya ringan, berbuih dan gebu.

PERATURAN PENGGUNAAN ROYAL ICING
  1. Pastikan bekas pengadun dan peralatan dicuci bersih dan tidak berminyak.
  2. Gula aising hendaklah diayak dua kali supaya tidak berbiji-biji.
  3. Aising royal adalah menyerupai meringue (campuran gula dan putih telur).  Ia mesti diputar sehingga rata.  Jika tidak royal aising akan mengeras dan sukar digunakan.
  4. Jika menggunakan pemutar elektrik pastikan ia diputar selama 4 – 5 mini, jika diputar keterlaluan ia akan mengandungi gelembung udara.  Apabila menyalut ia akan keliahatan kasar dan berlubang kecil.
  5. Jika hanya memeutar dengan tangan memerlukan masa 15 – 20 minit.
  6. Pastikan aising dikacau rata sebelum digunakan.
  7. Pastikan kek berada betul-betul pada papan pengalas sebelum memulakan penyalutan.
  8. Kek hendaklah disalut nipis dua hingga tiga lapisan.  Setiap lapisan hendaklah dibiarkan kering sebelum memulakan lapisan kedua dan ketiga.
  9. Jika memerlukan aising royal bewarna pastikan ianya dimulakan dengan warna putih utnuk salutan pertama diikuti dengan warna sebenar.
  10. Aising royal yang berwarnakan kelihatan bertompok –tompok jika tidak disalut dengan rapi.
  11. Jangan mencelup spatula ke dalam air panas apabila cuba melicinkan permukaan aising royal kerana ia akan menjadi cair.
  12. Jika aising royal agak keras, tuangkan sedikit air dan kacau rata.
  13. Aising royal hendaklah sentiasa  ditutup dengan kain lembap untuk mengelakkan aising menjadi keras.
  14. Asing royal boleh dipaip dengan menggunakan beg piping atau bekas piping yang dibuat dari kertas minyak.