vanilla sponge cake
145 gm Tepung superfine
145 gm Gula kastor
6 biji Telur
6 gm Baking powder
35 gm Quick 75
60 gm Air
65 gm Mentega cair
¼ camt Esen vanilla
a) Ayak tepung bersama dengan baking powder
b) Sediakan mangkuk adunan dan cake mixer
c) Campurkan kesemua bahan iaitu telur tepung dan baking powder yg telah diayak,quick 75, gula kastor,esen vanilla,baking powder dan air kedalam cake mixer.
d) Pukul hingga kembang selama 10 minit dengan kelajuan yang perlahan hingga laju.
e) Kemudian perlahankan mixer, masukkan butter cair dan putar sekejap dengan kelajuan yang perlahan.
f) Sediakan tin pembakar
g) Masukkan adunan ke dalam tin pembakar.
h) Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit
chocolate sponge cake
288 gm Telur
114 gm Tepung superfine
144 gm Gula kastor
30 gm Serbuk koko
6 gm Baking powder
32 gm Quick 75
57 gm Air
62 gm Mentega(dicairkan)
¼ camt Esen Vanilla
Langkah penyediaan
a) Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder
b) Sediakan mangkuk adunan dan cake mixer
c) Campurkan kesemua bahan iaitu telur,quick 75, gula kastor,esen vanilla,campuran serbuk koko,tepung dan baking powder dan air kedalam cake mixer.
d) Pukul hingga kembang selama 10 minit dengan kelajuan yang perlahan hingga laju.
e) Kemudian perlahankan mixer, masukkan butter cair dan putar sekejap dengan kelajuan yang perlahan.
f) Sediakan tin pembakar
g) Masukkan adunan ke dalam tin pembakar.
h) Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit
Chocolate Sponge – SPONGE MIX
250 gm chocolote sponge mix
250 gm telur
125 gm air
125 gm mentega cair
Langkah penyediaan
a. Campurkan sponge mix, telur dan air dengan kelajuan rendah selama 1 minit.
b. Tambah selama 5 minit pada kelajuan tinggi.
c. Kurangkan kelajuan dengan gear rendah dan masukkan mentega cair. Gaul hingga sebati.
d. Gunakan spatula dan gaul campuran hingga rata.
e. Tuang ke dalam acuan yang dilapisi kertas di bahagian bawah.
f. Bakar pada suhu 180° C selama 40 – 45 minit.